|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 04 July 2010 11:51 |
|
Pertandingan Robotik Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 26 dan 27 Jun 2010 di PERSADA Johor sempena MISTI Johor 2010. SMK Bandar Putra telah mengungguli dua kategori semasa pertandingan tersebut.
SMK Bandar Purta menjadi Johan Kategori Treasure Hunt yang diwakili oleh Chan Yan Yong, Leong Zi Ming dan Fatin Syamimi Binti Amirudin. Peserta SMK Bandar Putra juga menjadi Naib Johan kategori Treasure Hunt yang diwakili oleh Muhammad Syafiq Bin Mohd sabtu, Muhamad Hanis Bin Abdul Hafidz dan Chong Chuang Lai.
SMK Bandar Putra juga menjadi Johan Kategori Terbuka (Menengah Atas) yang diwakili oleh Muhamed Nadzri Bin Mohamed Sazali, Ungku Syafiq Bin Ungku Yacob dan Muhammad Rusydi Bin Zaidan. Pasukan Robotik SMK Bandar Putra dipimpin oleh Pn. Rosmawati Binti Mohamed, Pn Zaihaslinda Ismail dan Pn Tan Pei Ching.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor.
Pihak sekolah mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta, guru pengiring dan warga SMK Bandar Putra atas kejayaan pasukan robotik di pertandingan peringkat negeri Johor sempena MISTI Johor.

|
|
Last Updated on Sunday, 04 July 2010 12:07 |
|
|
Hari Anugerah Cemerlang PPD Kulai 2010 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 28 June 2010 00:52 |
|
Pada 25 JUN 2010 yang lalu, SMK Bandar Putra telah menerima pelbagai anugerah dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang PPD Kulai 2010 yang diadakan di TJ Mart Kulai. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bahrom bin Ali. Pengetua SMK Bandar Putra, En. Azman Adnan hadir bagi menerima anugerah berkenaan. Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga SMK Bandar Putra atas kejayaan berkenaan. Anugerah yang diterima adalah seperti berikut :
1. Anugerah Sekolah Harapan daerah (Kategori Sekolah Menengah Kawalan) 2. Anugerah Peratus Terbaik SPM 3. Anugerah GPS Terbaik PMR 4. Anugerah GPS Terbaik SPM 5. Anugerah Pengurusan Asrama Terbaik 6. Anugerah Pengurusan Kesihatan terbaik 7. Anugerah Pengurusan SPBT Terbaik 8. Anugerah KoAkademik Terbaik Sekolah Menengah 9. Anugerah Pencapaian Sukan terbaik Bawah 15 Tahun


|
|
Last Updated on Monday, 28 June 2010 01:06 |
|
Program Pengesanan Alumni SMK Bandar Putra |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 01 June 2010 21:14 |
|
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sedang membuat pengesanan bekas-bekas pelajar SMK Bandar Putra dari tahun 2004 sehingga sekarang untuk tujuan penubuhan Persatuan Alumni SMK Bandar Putra. Sehubungan itu, semua bekas pelajar sekolah ini diharapkan dapat membantu program pengesanan Alumni ini dengan melengkapkan borang yang disertakan dan dikembalikan ke alamat berikut :
Urusetia Alumni SMK Bandar Putra,
Jalan Nuri 9, Bandar Putra
81000 Kulaijaya,
Johor
(U.P : Puan Tan Pei Ching)
atau emailkan borang pengesanan tersebut ke
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Sebarang pertanyaan berkaitan pengesanan Alumni ini sila hubungi Puan Tan Pei Ching melalui email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
.
|
|
Last Updated on Tuesday, 01 June 2010 21:32 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|