Jadual Ujian Bulanan Pertama 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 27 February 2010 20:29

Jadual Ujian Bulanan Pertama 2010 boleh dimuat turun dari fail di bawah. Kepada pelajar SMK Bandar Putra, Selamat Menduduki Ujian Bulanan Pertama 2010 yang akan bermula pada 2 Mac 2010 sehingga 4 Mac 2010. Semoga Berjaya.

Last Updated on Saturday, 27 February 2010 20:43
 
Selamat Menyambut Maulidurasul PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 26 February 2010 10:10

Selamat menyambut maulidur Rasul kepada seluruh warga SMK Bandar Putra.

Last Updated on Friday, 26 February 2010 10:18
 
Sambutan Tahun Baru Cina SMKBP Meriah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 21 February 2010 13:52

Kulaijaya – 12 Februari, SMK Bandar Putra meneruskan tradisi perpaduan yang menjadi kekuatan sekolah di mana murid-muridnya terdiri dari berlainan bangsa.  Pada hari ini konsep yang dilaung-laungkan menjadi kenyataan, apabila murid-murid dan guru-guru yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina sama-sama menyambut sambutan Tahun Baru Cina.  Sambutan pada kali ini dimulakan dengan perarakan masuk pengetua sekolah En. Azman bin Adnan dengan diiringi oleh guru-guru serta pengawas sekolah.  Uniknya perarakan masuk ini diiringi oleh tarian singa yang ditarikan oleh dua orang murid Melayu serta menggunakan gendang yang biasanya digunakan oleh murid-murid sekolah ini untuk nyanyian nasyid.

Selepas perarakan masuk, pengerusi Persatuan Bahasa Cina menyampaikan ucapan bagi menerangkan sejarah Sambutan Tahun Baru Cina kepada semua murid.  Ucapan pengetua sekolah pula menerangkan dengan jelas peri pentingnya sambutan perayaan di negara ini bagi menwujudkan perpaduan serta keunikan negara dari segi budaya dan cara hidup.  Acara perasmian amat unik apabila En. Azman Bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra menyiapkan tulisan kaligrafi Cina yang telah disediakan oleh murid-murid sekolah ini.

Acara yang paling menarik ialah apabila murid-murid menggunakan kemahiran ICT serta kebolehan berlakon, membuat persembahan sketsa bagi menggambarkan suasana serta mitos mengapa orang-orang Cina membakar mercun serta sentiasa berpakaian dan menghias rumah dengan warna merah.  Selain itu, mereka juga menggambarkan bagaimana jampi digunakan untuk menghalau Nian, sejenis gergasi dari dalam laut.  Sketsa ini lebih menarik lagi apabila ia disertai oleh murid dari pelbagai kaum untuk menjayakannya.

Semangat kerjasama serta muhibah amat jelas apabila semua murid dan guru berketurunan Cina berkongsi untuk membeli buah limau bagi diberikan kepada semua rakan yang berketurunan Melayu dan India.  Pemberian buah limau ini menunjukkan bahawa perayaan Tahun Harimau ini perlu dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Sambutan pada hari ini diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai tiga buah lagu Selamat Tahun Baru Cina yang sangat popular dan sering didendangkan pada setiap tahun.  Bagi memastikan semua murid dan guru berketurunan Melayu serta India dapat sama-sama menyanyi, senikata lagu-lagu berkenaan telah disediakan dalam tulisan Mandrin dan Rumi. 

Sesungguhnya Sambutan Tahun Baru Cina di SMK Bandar Putra pada tahun ini membuktikan bahawa Wawasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak boleh dilaksanakan walau di mana sekalipun kita berada, yang penting ialah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.   Sambutan Tahun Baru Cina di sekolah ini merupakan acara tahunan selain acara unik berpuasa bersama, di mana murid-murid Melayu akan berpuasa serta berbuka bersama-sama rakan-rakan berketurunan Cina dan India sehari pada setiap bulan Ramadhan sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2004.

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Ulti Clocks content
ENCIK AZMAN BIN ADNAN
Tuan Pengetua
SMK Bandar Putra

MAKLUMAN

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Who's Online

We have 6 guests online

Web Ranking

Pendidikan::::Topsites

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam206
mod_vvisit_counterMinggu Ini1479
mod_vvisit_counterBulan Ini3472
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.