SELANGKAH KE ALAM REMAJA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 07 March 2010 15:48

Program 'Selangkah Ke Alam Remaja' (SEKAR) telah dijalankan oleh Jawatankuasa Asrama SMK Bandar Putra, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBP dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Persatuan Bachelor Ekonomi (BECS) dan Student Facilitating Front (STUFF), Universiti Islam Antarabangsa pada 5 - 7 Mac 2010 di Asrama SMK Bandar Putra. Seramai 230 penghuni asrama terlibat sebagai peserta program berkenaan. Seramai 40 orang mahasiswa UIAM daripada berbagai fakulti terlibat sebagai fasilitator.

Menurut Sdr Ariffin bin Abdul Latif yang bertindak sebagai Pengurus Projek SEKAR ini menyatakan bahawa program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni-penghuni asrama sekolah ini berkaitan persediaan dan kesediaan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Melalui tema "Menghadapi Cabaran Mendepani Impian" pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti ceramah motivasi, aktiviti simulasi kumpulan, sesi perkongsian, permainan, riadah, persembahan kumpulanh dan lain-lain diharap dapat memberikan suntikan inspirasi kepada peserta untuk merealisasikan impian masing-masing.

Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh En. Azman bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra di Dewan Asrama SMK Bandar Putra. Menurut beliau, "Program seumpama ini diharap dapat memberikan impak yang besar khususnya kepada penghuni asrama sekolah ini dalam menghadapi cabaran untuk menjadikan impian menjadi pelajar yang cemerlang dapat dijadikan realiti. Program seumpama ini juga sebagahian daripada usaha pihak sekolah untuk memasyarakatkan sekolah dengan memberi ruang kepada pihak masyarakat seperti golongan mahasiswa universiti untuk berkongsi pengalaman dan input dengan pelajar-pelajar sekolah dan saya menganggap program selama 2 hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya,".

Last Updated on Sunday, 07 March 2010 16:17
 
KEPUTUSAN SPM PADA 11/3/2010 (KHAMIS) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 04 March 2010 20:49

04/03/2010 6:11pm

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada khamis depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya. Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. - Bernama

Last Updated on Thursday, 04 March 2010 21:04
 
ANUGERAH TOKOH NILAM PDF Print E-mail
Written by PN NIK   
Wednesday, 03 March 2010 20:40

SMKBP NAIB JOHAN ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pada 27/1/2010 yang lalu, SMKBP telah menghantar seoerang peserta untuk menyertai pertandingan ANUGERAH TOKOH NILAM peringkat daerah Kulaijaya di PKG Sungai Sayang. Dalam pertandingan tersebut kita telah berjaya mendapat tempat pertama dan menjadi Johan keseluruhan daerah Kulaijaya.

Kejayaan ini seterusnya melayakkan kita untuk mewakili daerah kulaijaya ke pertandingan ANUGERAH TOKOH NILAM peringkat negeri Johor pada 10/2/2010 yang bertempat di Bahagian Teknoloi Pendidikan Negeri Johor. Di peringkat negeri pula Marsha Daeyana Binti Shahrom mendapat Naib Johan ANUGERAH TOKOH NILAM peringkat Negeri Johor.

Diharap pada tahun 2011 nanti, semua murid di sekolah ini akan lebih bersemangat lagi untuk membawa nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi dalam pertandingan ANUGERAH TOKOH NILAM.

 


Last Updated on Wednesday, 03 March 2010 21:06
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Ulti Clocks content
ENCIK AZMAN BIN ADNAN
Tuan Pengetua
SMK Bandar Putra

MAKLUMAN

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Who's Online

We have 5 guests online

Web Ranking

Pendidikan::::Topsites

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini91
mod_vvisit_counterSemalam206
mod_vvisit_counterMinggu Ini1475
mod_vvisit_counterBulan Ini3468
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.