|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 21 March 2010 17:48 |
|
Program Marathon Akademik bagi calon PMR dan SPM telah dijalankan selama 3 hari 2 malam pada 14-16 Mac 2010 bertempat di SMK Bandar Putra. Seramai 250 calon PMR dan 159 calon SPM terlibat dalam program berkenaan. Sepanjang mengikuti program berkenaan pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai input melibatkan aktiviti bengkel teknik menjawab peperiksaan, latih tubi secara marathon melalui 'Buku Magik', ceramah motivasi, aktiviti rekreasi, kerohanian dan moral dan aku janji peperiksaan. Seramai 75 orang guru SMK Bandar Putra terlibat sebagai fasilitator di samping penceramah jemputan dari kalangan guru cemerlang, pemeriksa kertas dan guru berpengalaman. |
|
|
Majlis Aku Janji PMR SPM 2010 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 20 March 2010 17:18 |
|
Majlis Aku Janji PMR dan SPM 2010 telah dijalankan pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Perdana Putra. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai. Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan ialah En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Dr. Ngasri Dimon, Pengerusi PIBG dan En. Zainal Abidin Mohd Arif, Pengerusi Badan Permuafakatan Asrama.
Semua guru SMK Bandar Putra, semua calon PMR dan SPM bersama ibu bapa/penjaga masing-masing turut melafazkan ikrar dan janji masing-masing untuk memastikan sasaran peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2010 dapat direalisasikan. Mohd Hapiz Zainal Abidin, En. Azman dan Dr Ngasri sebelum itu turut menandatangani dokumen aku janji mewakili semua murid, guru dan ibu bapa dihadapan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai sebagai simbol iltizam murid, guru dan ibu bapa untuk merealisasikan matlamat sekolah ini.
En. Anuar dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG yang telah mengambil inisiatif mengadakan majlis ini sebagai tanda komitmen semua pihak – guru, pelajar dan ibu bapa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM.
“Kejayaan cemerlang pelajar dalam akademik tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada guru sekolah sahaja, sebaliknya ibu bapa perlu memberikan sokongan padu mengikut keupayaan masing-masing bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan besar ini. Pelajar-pelajar juga perlu lebih bersikap proaktif, sentiasa mendisiplinkan diri dan berusaha melipatkan gandakan usaha melalui pengajaran pembelajaran di bilik darjah, membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran masing-masing . Usaha pelajar, bimbingan guru dan sokongan ibu bapa pasti mampu menelorkan hasil yang boleh kita banggakan pada tahun 2010 ini,” tegas beliau.
En. Azman pula dalam ucapannya menyatakan bahawa pihak sekolah mensasarkan pencapaian peratus kelulusan dan GPS yang lebih baik untuk PMR dan SPM bagi tahun ini. Sekolah mensasarkan pencapaian 100% dalam PMR dan SPM dengan GPS PMR 1.20 dan SPM 2.50. Selain daripada itu pihak sekolah juga telah menetapkan matlamat menghasilkan calon semua A bagi PMR sekurang-kurangnya 130 orang dan SPM sekurang-kurangnya 30 orang. Penetapan sasaran ini dibuat berdasarkan TOV peperiksaan PMR dan SPM tahun 2009 yang lalu.
“Pada tahun 2009, SMK Bandar Putra telah dapat meningkatkan pencapaiannya dengan GPS 1.22 dalam PMR dengan 103 orang memperoleh semua A manakala dalam SPM dapat meningkatkan GPS kepada 2.54 dengan peningkatan semua A kepada 25 orang. Pencapaian ini sekaligus meletakkan sekolah ini pada kedudukan pertama di daerah Kulai dan 10 teratas di peringkat negeri Johor,’’ ujar beliau.
Dr. Ngasri turt mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang banyak merancang program sokongan, memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua calon sehingga memperoleh kejayaan yang cemerlang. PIBG akan sentiasa membantu pihak sekolah untuk memastikan impian tahun 2010 akan dapat direalisasikan.





|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 13 March 2010 19:51 |
|
Satu lagi program jaringan komuniti SMK Bandar Putra-GO telah diadakan bersama Pejabat Agama Islam Kulaijaya pada 11 Mac 2010 yang lalu bertempat di Dewan Makan Asrama SMK Bandar Putra. Program 'Remaja Firdaus' ini difokuskan kepada penghuni asrama berjumlah 250 orang. Program ini melibatkan aktiviti solat maghrib dan Isya' berjamaah, bancaan yassin dan tahil, tayangan video dan ceramah bertajuk "Remaja Firdaus" yang disampaikan oleh AsSyeikh Mohd Fahmi bin Samad, Kadi daerah Kulaijaya.
Antara tujuan program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada remaja berkaitan jenayah syariah, gejala sosial kini, implikasi, cara menghindari dan perundangan yang berkaitan denganya. Melalui program seumpama ini sekaligus dapat merrapatkan hubungan antara sekolah dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
Turut hadir dalam program ini ialah En. Zaini bin Abas, Penghulu Mukim Senai, En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, En. Mohd Yusof Mohammed, Pn. Shurina Abd Jalil, En. Abd Gani Abas, guru-guru kanan, pegawai-pegawai Pejabat Agama Daerah Kulaijaya,warden asrama, guru-guru, dan penghuni-penghuni asrama.

|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|