|
Semakan Data Guru di Portal EMIS Online |
|
|
|
|
Written by Azlina Binti Kamisan
|
|
Tuesday, 13 April 2010 14:38 |
|
Dimaklumkan bahawa Portal EMIS Online ( http://apps.moe.gov.my/emisportalbaru ) telah menyediakan kemudahan LOGIN GURU bagi membolehkan guru menyemak maklumat individu. Semua guru bertanggungjawab untuk menyemak maklumat dalam Portal EMIS Online untuk memastikan data guru sentiasa terkini dan tepat. Segala perubahan yang ingin dilakukan, guru hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah dan Guru Data Sekolah. Kata laluan default adalah nombor kad pengenalan dan selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut. Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah dirujuk kepada Guru Data, Cik Azlina Kamisan. Sekian, harap maklum.
|
|
|
Sekolah Rangkaian SMKBP 2010 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 07 April 2010 22:47 |
|
SMK Bandar Putra telah dirangkaikan dengan SMA Negeri 1 Lubuk Alui iaitu sebuah sekolah rintis internasional yang terletak di daerah Padang Pariaman, Padang, Sumatera Barat Indonesia dalam sebahagian daripada Program Pengantarabangsaan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk sekolah-sekolah negeri Johor yang dirangkaikan dengan sekolah-sekolah di luar negara. Antara tujuan program ini adalah untuk mewujudkan school linkages antara sekolah-sekolah yang bertaraf antarabangsa dengan sekolah-sekolah di negeri Johor. Melalui medium ini diharapkan kedua-dua buah sekolah akan mendapat pengalaman global khususnya dalam apa juga aspek yang berkaitan dengan pendidikan.
Satu persefahaman antara kedua buah sekolah telah ditandatangani oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra dengan Dra. Ibu Dian Mulyati Syarfi , Kepala Sekolah SMA N 1 Lubuk Alui, Sumatera Barat dengan disaksikan oleh Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor, Tuan Haji Markom Giran, Timbalan pengarah Pelajaran Johor, Drs. Bapak Syamsullrizal, Kepala Dinas Pendidikan Padang Pariaman Indonesia, dan wakil Pemerintah Kabupaten Padang Pariaman dalam satu majlis rasmi di sekolah berkenaan.
Persefahaman berkenaan adalah merupakan sebahagian daripada Program Lawatan Pengantarabangsaan Jabatan Pelajaran Johor seramai 54 orang yang diketuai oleh Pengarah Pelajaran Johor ke Sumatera Barat, Indonesia pada 3 - 6 April 2010 yang turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah negeri Johor dan pengetua-pengetua sekolah menengah negeri Johor. Selain daripada itu program ini merupakan rentetan daripada program lawatan kemanusiaan pendidikan negeri Johor khususnya untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera yang telah dijalankan pada bulan Januari yang lalu.
Jabatan pelajaran Johor dan ahli rombongan turut memberi sumbangan sebanyak RP6.2 juta kepada SMA N 1 Lubuk Alui untuk tujuan pembinaan gelanggang Putra Alui. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Johor kepada Kepala Sekolah SMKN 1 Lubuk Alui.

Ketua rombongan disambut oleh Kepala Sekolah dalam majlis penuh meriah di samping persembahan kebudayaan dan kesenian minangkabau.


Majlis menandatangani persefahaman antara JPNJ dan Dinas Pendidikan padang Pariaman.

Upacara menandatangan persefahaman antara SMKBP dengan SMAN1 Lubuk Alui dengan disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Johor dan Dinas Pendidikan Padang Pariaman.

|
|
Last Updated on Wednesday, 07 April 2010 23:49 |
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 21 March 2010 18:04 |
|
40 orang pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Putra telah mengikuti Program Operasi Khidmat Masyarat (OPKIM) Perdana 2010 pada 21-22 Mac 2010 bertempat di Asrama Pusat SMK Tuanku Abdul Rahman Putra Kulai. Program anjuran bersama Fakulti Pengurusan Perniagaan & Fakulti Pergigian UITM dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia negeri Johor dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh En. Mohd Fahmi bin Salam, wakil rasmi Pegawai Derah Kulaijaya. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah En. Mohd Rolsi bin Mohd Othman, wakil PPD Kulai, En. Mohd Hazalee bin Mansor, Pengerusi Belia 4B Kulaijaya, Pn. Faizah Shuib, pensyarah UITM Shah Alam, En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, En. Rahmat, Guru Penolong Kanan SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, En. Md. Yusof Mohamed, Pen Kanan SMK Bandar Putra, fasilitator dari kalangan mahasiswa UITM dan guru-guru dari kedua buah sekolah menengah terlibat.
Majlis pelancaran program berkenaan yang melibatkan semua daerah di negeri Johor telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 19 Mac 2010 di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. Seramai 103 orang pelajar dari SMK Bandar Putra dan SMK Tuanku Abdul Rahman Putra terlibat sebagai peserta bagi daerah Kulai.
Sepanjang dua hari program berkenaan dijalankan semua peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti perkongsian bersama mahasiawa melibatkan aktiviti ceramah, riadah, latihan dalam kumpulan dan bengkel.
En. Mohd Fahmi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana melibatkan daerah Kulaijaya dalam program seumpama ini dan Pejabat Daerah Kulaijaya sentiasa bersedia membantu program melibatkan khidmat masyarakat pelajar universiti ini pada masa-masa akan datang.
Sebelum itu Wakil Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Pn. Faizah Shuib turut mengingatkan mahasiswa UITM dan peserta yang terlibat agar sentiasa bersedia untuk membina keperibadian yang unggul melalui IQ, EQ dan SQ dalam menghadapi cabaran pendidikan dan kerjaya yang amat hebat pada masa depan. Pelajar-pelajar di peringkat sekolah seharusnya dapat mengimbangi ketrampilan akademik, kokurikulum dan pembangunan diri termasuk komunikasi melalui pelbagai aktiviti yang disertai di sekolah.
En. Mohd Rosli dalam ucapannya pula menyatakan program IPTA dengan melibatkan NGO dan sekolah seperti ini telah memberi peluang khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah terlibat dengan kurikulum di luar bilik darjah yang menjadi sebahagian penyumbang kepada kemenjadian murid dan menjana modal insan yang diharapkan oleh kerajaan.

|
|
Last Updated on Sunday, 21 March 2010 18:34 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|