Persekitaran Organisasi dan Kemudahan Fizikal Sekolah PDF Print E-mail
Written by Support   
Saturday, 11 October 2008 19:07

Persekitaran Organisasi

Sekolah ini terletak disebuah kejiranan  baru iaitu Bandar Putra. Kewujudan kejiranan baru seperti Bandar Putra bakal memberi impak bukan sahaja kepada peningkatan jumlah penduduk tetapi juga kepada perkembangan sektor perindustrian, perdagangan dan pendidikan. Bandar Putra yang dibangunkan oleh IOI Properties dengan keluasan 6,000 ekar merupakan antara bandar baru yang akan memberi keselesaan dan suasana kehidupan yang lebih berkualiti kepada penghuninya. Pembukaan Bandar Putra ini memberikan pilihan yang banyak kepada warga Majlis Perbandaran Kulaijaya  yang ingin memiliki rumah sendiri dengan penyediaan sebanyak 36,181 unit rumah. Dengan jumlah rumah sebanyak ini sudah tentu pembinaan sekolah juga diperlukan. Sehingga kini sebuah sekolah menengah dan rendah telah dibina untuk keperluan penduduk setempat iaitu SMK Bandar Putra dan SK Bandar Putra di samping sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Agama Bandar Putra. Selain sekolah kawasan kejiranan ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan awam iaitu Pusat Membeli Belah IOI, dewan raya, pusat rekreasi/riadah Bandar Putra dan padang golf.

Ilmu adalah keperluan manusia untuk menempuh kehidupan. Ilmu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber , namun asasnya adalah daripada bangku sekolah. Institusi sekolah telah mencorak masyarakat kita daripada buta huruf kepada celik huruf dan seterusnya dapat menyahut seruan RMK9 – modal insan dan minda kelas pertama. Sekolah-sekolah lain yang berhampiran dengan sekolah ini ialah SMKKulai Besar (3 km), SMK Indahpura (3 km) dan SMPK Indahpura (3 km).

Sekolah ini terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai yang terletak kira-kira 4 km dari sekolah ini. Selain daripada itu sekolah ini juga terletak berhampiran  dengan beberapa kemudahan utama iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai (20km), Lapangan Terbang Sultan Ismail Senai (3km) dan Tol PLUS Kulai  (5 km)

 

 

Attachments:
Download this file (Kemudahan Fizikal SMKBP.pdf)Kemudahan Fizikal SMKBP.pdf32 Kb
Last Updated on Tuesday, 27 January 2009 21:34
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini270
mod_vvisit_counterSemalam542
mod_vvisit_counterMinggu Ini812
mod_vvisit_counterBulan Ini2767
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.