
| Sejarah, Motto, Visi, Misi dan Matlamat |
|
|
|
| Written by Guru asrama |
| Sunday, 18 January 2009 11:31 |
|
Sejarah Asrama Asrama SMK Bandar Putra merupakan asrama yang kedua di buka di dalam daerah Kulai. Asrama ini merupakan asrama kawalan yang dibangunkan untuk tujuan meningkatkan pencapaian akademik di daerah Kulai. Asrama ini mula menerima murid pada 4 hb Januari 2004 dengan jumlah 240 orang murid. Pengoperasian Asrama SMK Bandar Putra telah mendapat bantuan sepenuhnya dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis Perasmian asrama ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria Bin Hj. Abd. Shukor selaku Ketua Sektor Sumber Kemanusiaan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Motto Asrama Bersatu, Berilmu, Berjaya Visi Asrama Asrama SMK Bandar Putra Kulai akan menjadi asrama harian terbaik negeri Johor menjelang tahun 2011. Misi Asrama Asrama SMK Bandar Putra adalah medan murid mencapai kecemerlangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang diperlukan untuk menuju era globalisasi melalui pengembelingan sumber secara optimum dan diuruskan oleh pasukan pengurusan yang komited dan bertanggungjawab. Matlamat Pada tahun 2011, Asrama SMK Bandar Putra akan : 1. Menjadi asrama sebagai kediaman yang selesa dan kondusif 2. Melahirkan murid cemerlang di dalam kurikulum dan ko-kurikulum 3. Mempunyai pelbagai program pendidikan, kerohanian, kebudayaan dan sukan 4. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek 5. Mendokong budaya berdisiplin dan berinovatif 6. Memastikan setiap murid mendapat bekalan makanan berkhasiat dan seimbang .
|
| Last Updated on Sunday, 18 January 2009 12:34 |
Countdown
Countdown 2
Statistik Pengunjung







![]() | Hari Ini | 260 |
![]() | Semalam | 542 |
![]() | Minggu Ini | 802 |
![]() | Bulan Ini | 2757 |























