| Bil | Jenis Elaun Dan Kemudahan | Kelayakan/Syarat | Kadar Dan Tarikh Kuatkuasa | Rujukan |
| 1 | Elaun Ketua Warden dan Warden Asrama | Dibayar kepada guru-guru yang dilantik sebagai Ketua Warden Asrama | Ketua Warden Asrama @ RM280.00 Warden Asrama @ RM240.00 01 April 1997 | Surat Pekeliling Kewangan dan Akaun Bil. 1/1982 Bertarikh 14 Mei 1982 Surat Pekeliling Kewangan Bil.6/95 Bertarikh 16 Mac 1995 SPP KPM Bil.3/1997 Bertarikh 22 Julai 1997 |
| 2 | Elaun Guru Kelas Bahasa Ibunda * | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Cina | RM60.00 sejam (PPPS) RM50.00 sejam (PPLD) 01 Julai 2001 | Surat Pekeliling Kewangan Bil.2/1987 Surat Pekeliling Kewangan Bil.4/2001 |
| 3 | Elaun Tanggungjawaw (ETJ)* | Penolong Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Cina | RM120.00 Sebulan RM60.00 Sebulan 01 November 2002 | Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.3/1990 Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.3/1993 Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.3/2002 |
| 4 | Bayaran Insentif Mengajar Kanak-Kanak Cacat | Elaun tersebut dibayar kepada : -
Pengetua/Guru Besar di Sek. Pendidikan Khas. -
Guru-guru yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas. -
Guru-guru yang mengajar di kelas percantuman di sekolah biasa. -
Guru-guru yang mengajar murid-murid berkeperluan khas di SMT/SMV dan Politeknik
| RM100.00 sebulan 01 April 2003 | JPA(S)63/17/Klt.3(15) Bertarikh 13 Mac 1989 Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1/2001 Bertarikh 10 Mac 2001 Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 2/2003 |
| 5 | Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) | Dibayar kepada PPP yang terlibat dengan bidang kejuruteraan dan ketukangan yang bertugas di tempat berikut : -
PPP di BPTV. -
Pengetua (PPP), PPPS dan PPPLD di SMT/SMV. -
Pengetua/Timbalan Pengetua di Politeknik. -
Pensyarah dan Guru di Politeknik/SMT/SMV. -
PPP di Bahagian Pendidikan Guru/Maktab Perguruan -
Pensyarah di Maktab Perguruan -
Lembaga Peperiksaan - PPP di Unit Teknik dan Vokasional. -
Guru yang memiliki kelayakan dan mengajar mata pelajaranteknik di sekolah-sekolah biasa, sekolah berasrama penuh dan sekolah agama.
| 10% daripada gaji pokok PPPLD. 1 Januari 1992 | JPA(S)256/21/3 Klt.2(38) Bertarikh 30 Nov 1992 JPA(S)256/21/3 Klt.6(28) Bertarikh 20 Julai 1994 JPA(S)324/14/9 Klt.18(47) Bertarikh 21 Jun 2000 |
| 6 | Elaun Guru Besar/Pengetua | PPPS yang menyandang jawatan Pengetua di Sekolah Menengah tanpa mengira gred penyandang dan gred sekolah. PPPLD yang dilantik sebagai Guru Besar sama ada di Sekolah Rendah gred B, gred A dan Sekolah Rendah Kekurangan Murid. | RM 150.00 sebulan (Pengetua) 1 Januari 2001 RM 100.00 sebulan (Guru Besar) 1 Januari 2001 | Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.4/2000 bertarikh 20 Disember 2000 |
| 7 | Bayaran Insentif Subjek Pendidikan(BISP) | Dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikandi KPM yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris. | 5% daripada gaji pokok PPPS 10% daripada gaji pokok PPPLD 1 Januari 2003 | Pekeliling Perkhidmatan Bil.15/2002 Bertarikh 28 Disember 2002 Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.3/2003 |
| 8 | Bayaran Perumahan Khas (BPK) | Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jabatan/Rumah Khas Jawatan/Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan. | 50% daripada kelayakan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2002 | Pekeliling Perkhidmatan Bil.11/2002 - KP(PP)005310(23) bertarikh 07 Jun 2004 - KP(PP)0053/10 Jld.2 (12) bertarikh 14 Ogos 2007 |
| 9 | Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan kepada PPP yang menduduki rumah yang disediakan oleh Kerajaan di kawasan pedalaman yang tidak memenuhi kriteria rumah kerajaan.* | Guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman dibayar ITP jika rumah didiami mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri. | Kelayakan mengikut kumpulan jawatan 1 Januari 1995 | Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.3/2000 |
| 10 | Bayaran Insentif Pedalaman | Dibayar kepada anggota perkhidmatan awam yang diarah bertugas di kawasan pedalaman dan memenuhi syarat seperti berikut :- Diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Tinggal menetap di kawasan pedalaman Berkhidmat selama tempoh sebulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman. | 10% daripada gaji bulanan anggota berkenaan mengikut tarikh kuatkuasa surat pekeliling perkhidmatan bagi negeri berkenaan. | Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/2000 bertarikh 17 April 2000 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2000 (BIP Sarawak) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2000 (BIP Sabah) |
| 11 | Elaun Tanggungjawab Pemandu | Pemandu Gred R10 yang mempunyai lesen memandu Kelas E dan diarah memandu kenderaan berat melebihi 5000 kg. | RM 93 sebulan berkuatkuasa pada 1 Januari 1997 | Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1997 |
| 12 | Bantuan Sara Hidup | Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti berikut : -
Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan -
Pegawai tetap, sementara, sangkut, kontrak, sambilan dan guru sandaran -
Pegawai yang diluluskan cuti belajar dalam negeri -
Pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25km dari pejabat
| Kadar bayaran adalah tertakluk kepada Jadual 1 serta Lampiran A pada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005. Tarikh kuatkuasa ialah pada 1 Januari 2006. | Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006 |
| 13 | Elaun Bagi Pegawai yang Bertukar Wilayah # Elaun Perumahan Wilayah (EPW) | Bagi pegawai yang bertukar wilayah mengikut Pekeliling Bil. 4 Tahun 2002. | Kadar adalah seperti di para 15 Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 berkuatkuasa pada 1 November 2002. | Pek. Perkhid. Bil. 6 Tahun 1987 Pek. Perkhid. Bil. 11 Tahun 2001 Pek. Perkhid. Bil. 4 Tahun 2002 Pek. Perkhid. Bil 29 Tahun 2005 |
| | # Bayaran Insentif Wi(BIW) | Bagi pegawai yang bertukar wilayah dan pegawai Sabah/Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing. | Kadar mengikut para 2 Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 berkuatkuasa pada 1 November 2002. | Pekeliling Perkhid. Bil. 12/2001 Pek. Perkhid. Bil. 4 Tahun 2002 Pek. Perkhid. Bil 29 Tahun 2005 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 |
| | # Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Dua Tahun Sekali | Bagi pegawai yang bertukar wilayah dan ahli keluarganya mengikut Pekeliling Bil. 6 Tahun 1987. | Sekali dalam tempoh dua tahun bagi sepanjang perkhidmatan pegawai di wilayah tersebut mengikut Pek. Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. | Pek. Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 Pek. Perkhid. Bil 6 Tahun 2006 |
| | # Elaun Gangguan | Pegawai yang bertukar wilayah. | Kadar adalah sebulan gaji hakiki pegawai berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. | Pek. Perkhidmatan Bil. 1 & 9 Tahun 1980 Pek. Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1988 01 Jan 1988 |
| 14 | Bayaran Insentif Tugas Kewangan | Dibayar kepada seorang sahaja Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menjalankan tugas dalam bidang kewangan. | · RM 40 sebulan jika pegawai tidak mempunyai sijil Jabatan Akauntan Negara (JAN) · RM 80 jika pegawai mempunyai sijil JAN Berkuatkuasa 1 Mei 1999 | Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999 |
| 15 | Elaun Basikal | Pegawai yang dikehendaki menggunakan basikal sendiri dalam menjalankan tugas rasmi. | · Menggunakan basikal melebihi 10 hari bagi bulan itu = RM 70 sebulan atau RM 0.20 per kilometer mengikut mana yang lebih tinggi · Menggunakan basikal selama 10 hari atau kurang bagi bulan itu = RM 0.20 per kilometer | Perintah Am Bab B Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2001 |
| 16 | Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan yang berkhidmat di Sekolah-Sekolah Pedalaman | Pegawai yang diarahkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah kawasan pedalaman yang dikategorikan sebagai Pedalaman 1,2 atau 3 oleh Jawatankuasa Induk Pemantauan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. | - Pedalaman 1=RM500
- Pedalaman 2=RM1,000
- Pedalaman 3=RM1,500
Tarikh kuatkuasa adalah 01 Mei 2007 | Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 2 tahun 2007 |
| 17 | Elaun Balik Kampung Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan yang berkhidmat di Sekolah-Sekolah Pedalaman. | Diberi kepada pegawai yang diarahkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah kawasan pedalaman yang dikategorikan sebagai Pedalaman 1,2 atau 3 oleh Jawatankuasa Induk Pemantauan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian untuk balik ke kampung asal dari tempat bertugas di pedalaman. | Kadar tuntutan adalah berdasarkan tuntutan perjalanan sebenar sekali dalam setahun. Tarikh kuatkuasa adalah 01 Mei 2007 | Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 tahun 2007 |