Selamat Menduduki Percubaan PMR 2009 PDF Print E-mail
Written by Pengetua   
Saturday, 15 August 2009 17:26

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak pelajar calon PMR SMK Bandar Putra yang saya kasihi sekalian. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR yang akan bermula pada 17 OGOS depan manakala bagi pelajar-pelajar kelas KAA telah pun mula menduduki ujian sejak 14 OGOS yang lalu.

Sebagaimana yang saya telah sebut dalam perjumpaan saya dengan kalian pada pagi ini 15 OGOS 2009, banyak perkara yang saya telah sentuh berkaitan tanggungjawab, impian dan harapan kita yang sepenuhnya saya pertanggungjawabkan kepada 251 orang calon PMR 2009 untuk memastikan pencapaian kita terus cemerlang sebagaimana pernah ditunjukkan oleh calon-calon kohort sebelum ini.

Impian kita tetap SATU, mimpi kita juga tetap SATU,  baik guru, calon-calon PMR, pelajar-pelajar lain, ibu bapa bahkan masyarakat di sekeliling kita iaitu inginkan kalian terus cemerlang dan gemilang. Pastikan kejayaan yang kalian bakal genggam ialah kejayaan yang boleh dibanggakan, kejayaan yang boleh mencipta sejarah untuk diri, keluarga dan sekolah dan kejayan yang boleh memberikan kekuatan dan insipirasi berterusan untuk kalian meneruskan perjuangan ke peringkat menengah atas dan seterusnya ke tahap yang paling tinggi. Untuk itu saya ingin mengingatkan kembali kepada impian yang telah kita muktamadkan bersama pada awal sesi persekolahan ini iaitu :

Peratus Kelulusan PMR 2009 = 100%
Gred Purata Sekolah PMR 2009 = 1.20
Sasaran Semua A =95 orang calon

Angka keramat yang telah kita sepakati di atas adalah sekadar indikator minimum yang perlu kita capai. Bagaimanapun saya yakin dan percaya bahawa anak-anak saya calon PMR tahun ini mampu untuk memperlihatkan keputusan yang lebih baik daripada yang kita sasarkan. Percayalah, walaupun masa cukup singkat tetapi anda masih sempat untuk melonjakkan pencapaian diri dan sekolah kita. Buktikanlah kepada diri, buktikan kepada ibu dan ayah dan buktikan kepada seluruh waga sekolah anda boleh dan mampu melakukannya. Insyallah.

Di samping mengulangkaji pelajaran, jangan lupa jaga kesihatan masing-masing. Saya, guru-guru dan warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

Selamat menduduki peperiksaan Percubaan PMR. Wassalam dan terima kasih.

AZMAN ADNAN
Pengetua SMK Bandar Putra

15 Ogos 2009 - 5.00 petang

 

Last Updated on Thursday, 14 January 2010 17:22
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini107
mod_vvisit_counterSemalam206
mod_vvisit_counterMinggu Ini1491
mod_vvisit_counterBulan Ini3484
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.