
| SMKBP Johan Robotik |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Sunday, 04 July 2010 11:51 |
|
Pertandingan Robotik Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 26 dan 27 Jun 2010 di PERSADA Johor sempena MISTI Johor 2010. SMK Bandar Putra telah mengungguli dua kategori semasa pertandingan tersebut. SMK Bandar Purta menjadi Johan Kategori Treasure Hunt yang diwakili oleh Chan Yan Yong, Leong Zi Ming dan Fatin Syamimi Binti Amirudin. Peserta SMK Bandar Putra juga menjadi Naib Johan kategori Treasure Hunt yang diwakili oleh Muhammad Syafiq Bin Mohd sabtu, Muhamad Hanis Bin Abdul Hafidz dan Chong Chuang Lai. SMK Bandar Putra juga menjadi Johan Kategori Terbuka (Menengah Atas) yang diwakili oleh Muhamed Nadzri Bin Mohamed Sazali, Ungku Syafiq Bin Ungku Yacob dan Muhammad Rusydi Bin Zaidan. Pasukan Robotik SMK Bandar Putra dipimpin oleh Pn. Rosmawati Binti Mohamed, Pn Zaihaslinda Ismail dan Pn Tan Pei Ching. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor. Pihak sekolah mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta, guru pengiring dan warga SMK Bandar Putra atas kejayaan pasukan robotik di pertandingan peringkat negeri Johor sempena MISTI Johor.
|
| Last Updated on Sunday, 04 July 2010 12:07 |
Countdown
Countdown 2
Statistik Pengunjung







![]() | Hari Ini | 275 |
![]() | Semalam | 542 |
![]() | Minggu Ini | 817 |
![]() | Bulan Ini | 2772 |
























