
| Remaja Firdaus |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Saturday, 13 March 2010 19:51 |
|
Satu lagi program jaringan komuniti SMK Bandar Putra-GO telah diadakan bersama Pejabat Agama Islam Kulaijaya pada 11 Mac 2010 yang lalu bertempat di Dewan Makan Asrama SMK Bandar Putra. Program 'Remaja Firdaus' ini difokuskan kepada penghuni asrama berjumlah 250 orang. Program ini melibatkan aktiviti solat maghrib dan Isya' berjamaah, bancaan yassin dan tahil, tayangan video dan ceramah bertajuk "Remaja Firdaus" yang disampaikan oleh AsSyeikh Mohd Fahmi bin Samad, Kadi daerah Kulaijaya. Antara tujuan program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada remaja berkaitan jenayah syariah, gejala sosial kini, implikasi, cara menghindari dan perundangan yang berkaitan denganya. Melalui program seumpama ini sekaligus dapat merrapatkan hubungan antara sekolah dengan agensi kerajaan yang berkaitan. Turut hadir dalam program ini ialah En. Zaini bin Abas, Penghulu Mukim Senai, En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, En. Mohd Yusof Mohammed, Pn. Shurina Abd Jalil, En. Abd Gani Abas, guru-guru kanan, pegawai-pegawai Pejabat Agama Daerah Kulaijaya,warden asrama, guru-guru, dan penghuni-penghuni asrama.
|
Countdown
Countdown 2
Statistik Pengunjung







![]() | Hari Ini | 273 |
![]() | Semalam | 542 |
![]() | Minggu Ini | 815 |
![]() | Bulan Ini | 2770 |
























