e-Disiplin : Mekanisme Menengani Masalah Disiplin Murid PDF Print E-mail
Written by Md Nizam bin Tramiji   
Sunday, 07 December 2008 12:21

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Telah dimaklumkan sebelum ini bahawa SMK Bandar Putra telah dipilih untuk menjadi "Rintis" kepada Program Sistem Kawalan Murid (e-Disiplin), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bermula pada Jun-Okt 2008. Baru-baru ini, KPM sekali lagi telah memberi mandat kepada sekolah ini untuk terus menjadi rintis sehingga iannya mampu menjadi "benchmark" kepada sekolah-sekolah lain di sekitar daerah ini.

Persoalannya yang mungkin timbul ialah "apakah itu e-Disiplin?",mungkin  "bagaimana pula sistem ini beroperasi?" dan mungkin juga "bagaimana pula sistem ini berbeza dengan yang lain?".

Berikut adalah maklumat mengenai sistem ini. Semoga maklumat ini dapat membantu semua pihak yang terlibat untuk memahaminya, seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam program rintis ini dan akhirnya bersama-sama berusaha merealisasikan harapan KPM. 

Wassalam.

(p/s: maklumat e-disiplin akan diterbitkan secara bersiri)

 

e-Disiplin : MEKANISMA BAGI MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID

(Siri 1)

 1. KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat  mengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah  bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

2. VISI

Modal Insan Murid Terbilang

 

3. MISI

Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

 

4. SENARIO SEDIA ADA

Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa.

 

4.1  TUMPUAN TINGKAH LAKU

Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada).

 

4.2  PENGURUSAN DISIPLIN

Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan.Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin.

 

5        SENARIO SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin

 

.5.1  TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA

e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid.  Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.

 

5.2  PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin.  Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai. Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin

 

.5.3  PENYIMPANAN REKOD

e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.

 

6        KAEDAH

e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan.

(bersambung..)

Last Updated on Saturday, 03 January 2009 20:56
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini303
mod_vvisit_counterSemalam542
mod_vvisit_counterMinggu Ini845
mod_vvisit_counterBulan Ini2800
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.