TAHNIAH..... SMKBP MERAIH " BEST EXHIBITION " PDF Print E-mail
Written by noraine   
Tuesday, 04 November 2008 13:24

 

plastik

 

                            

Tahniah diucapkan kepada Pasukan ' My Eco-Science Project SMKBP' di bawah program Pendidikan Plastik kerana meraih kejayaan dalam kategori "Best Exhibition" . Dalam kategori ini , pasukan sekolah telah menerima  hadiah wang tunai bernilai RM 1000.00.
    
Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Noraine Mohamed dan Pn. Nor Haniza Saad dengan penglibatan seramai 8 orang murid tingkatan 4. Murid-murid tersebut ialah Kelvin Chen Yao Ken, Kiew Pei Shan Rebecca, Dinesh a/l Manoharan, Nurul Syuhada binti Zamree, Nur Amirah binti Awang, Khairul Effendy bin Saipudin , Danusha a/ p Arumugam dan  Afdzal Asyraf bin Noh.

Program ini telah dilancarkan pada 9 Jun 2008 di peringkat sekolah setelah diberi pendedahan melalui bengkel pendidikan plastik selama 3 hari (5 - 7 Mei 2008) di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang. .Penaja bagi program ini ialah Titan Chemical Corp.Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain daripada itu,pasukan ini juga telah membuat persembahan dalam  " Convention and closing ceremony" yang diadakan pada 21-23 Oktober di Zone Regency Hotel,Johor Bharu. Majlis  tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, En.Abdul Aziz bin Hj. Redwan.

Semoga pasukan ' My Eco-Science Project SMKBP' meraih kejayaan  yang lebih cemerlang dan ekselen pada masa akan datang dengan kekuatan "team work" warga SMKBP.

Last Updated on Friday, 21 November 2008 12:54
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini204
mod_vvisit_counterSemalam542
mod_vvisit_counterMinggu Ini746
mod_vvisit_counterBulan Ini2701
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.