Flos Untuk Penjagaan Gigi PDF Print E-mail
Written by Panitia PJPK   
Thursday, 02 June 2011 10:08

 

  •  

    Menggunakan flos merupakan satu teknik untuk membersih celah-celah gigi, di bawah aplians ortodontik atau jejambat gigi dengan menggunakan sejenis benang atau pita khas. Tanpa menggunakan flos, mungkin ada permukaan gigi yang masih tidak bersih.

    Mengapa perlu menggunakan flos?
    Menggunakan flos adalah pelengkap kepada aktiviti memberus gigi. Ia dapat membuang sisa makanan dan plak gigi yang terlekat di celah-celah gigi yang tidak dapat dibersihkan semasa memberus gigi.


    Jenis flos gigi

    Terdapat beberapa jenis flos:

    • flos yang berlilin dan tidak berlilin
    • flos berperisa dan tidak berperisa
    • pita gigi
    • super flos

    Semua jenis flos di atas adalah berkesan dan sesuai digunakan sekiranya teknik yang betul dilakukan.

    Kekerapan menggunakan flos ?

    Gunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.

    Bagaimanakah cara menggunakan flos?

    Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan dengan lebih berkesan:

    • Lilit flos sepanjang 18 inci kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari.
    • Regangkan flos.
    • Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan keatas dan kebawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.
    • Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.
    • Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.

    Cara menggunakan flos bagi mereka yang kurang upaya
    Gunakan pemegang flos khas bagi mereka yang kurang upaya.

    Perhatian

    • Pergerakan yang betul semasa menggunakan flos adalah sangat mustahak. Teknik yang salah boleh menyebabkan luka atau kecederaan kepada gusi.
    • Anda mungkin mengalami ketidakselesaan atau gusi berdarah pada peringkat awal anda menggunakan flos. Sekiranya pendarahan berlarutan selepas satu minggu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor pergigian.

    Sumber: infosihat.gov.my

     

     

 

 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini101
mod_vvisit_counterSemalam386
mod_vvisit_counterMinggu Ini4427
mod_vvisit_counterBulan Ini9926
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.