KEKAL JUARA 2 KALI BERTURUT-TURUT PDF Print E-mail
Written by team bola sepak   
Sunday, 03 April 2011 09:59

  

25 Mac 2011- Pasukan Bola Sepak L15 tahun Smk Bandar Putra, Kulaijaya, telah berjaya mempertahankan kejuaraan Bola Sepak L15 Tahun, MSSD Kulaijaya yang dimenanginya pada edisi 2010 tahun lalu, dengan  sekali lagi memenanginya pada edisi 2011, untuk kali kedua berturut-turut.

Kejohanan berlangsung pada 23-25 Mac 2011 adalah anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah Kulaijaya, Johor. Kejohanan disertai oleh 16 buah sekolah menengah sekitar daerah Kulaijaya.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang ioi Mall, SMK Bandar Putra telah berjaya menewaskan SMK Bandar Tenggara dengan jaringan 3-0.

Ini adalah pencapaian terbaik Pasukan L15 kerana telah menang dalam semua perlawanan dari peringkat kumpulan hingga ke perlawanan akhir dengan jumlah keseluruhan jaringan 20 gol dan hanya bolos 1.

Lebih membanggakan lagi, dengan kemenangan ini, pasukan bola sepak SMKBP  L15 tahun ini layak untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Sekolah Negeri Johor bagi mewakili daerah Kulaijaya yang akan diadakan tidak lama lagi. Syabas!

 

Berikut adalah keputusan perlawanan membabitkan SMK bandar putra, Kulaijaya.

 

Peringkat Kumpulan

 

SMK Bandar putra (6)    VS    SMK Taman Puteri (0)

SMK Bandar Putra (1)    VS    Smk kulai Besar  (0)

SMK Bandar Putra  (2)   VS    SMK Indahpura   (0)

 

 

Suku Akhir

 

SMK Bandar Putra  (4)            VS       SMK Kelapa Sawit (0)

 

Separuh Akhir

 

SMK Bandar Putra  (4)            VS       SMK Kangkar Pulai (1)

 

Akhir

 

SMK Bandar Putra  (3)            VS       SMK Bandar Tenggara (0)

 

 

Harap dapat disiarkan berita ini.

 

Sekian, terima kasih.

 Dpd:

Cikgu Rahimi (pengurus), Cikgu Fairuz & Cikgu Nizam (jurulatih) 

Guru Penasihat,

Kelab Bola Sepak

SMK Bandar Putra, Kulaijaya

 

Last Updated on Sunday, 03 April 2011 10:34
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini101
mod_vvisit_counterSemalam386
mod_vvisit_counterMinggu Ini4427
mod_vvisit_counterBulan Ini9926
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.