
| Kawal jumlah pengambilan makanan |
|
|
|
| Written by The Coach |
| Tuesday, 28 December 2010 10:43 |
|
RAMAI yang menjadikan waktu makan sebagai aktiviti rutin sekeluarga demi memupuk kebahagiaan bersama. Namun sebenarnya, dari situ juga elok dijadikan pemula memupuk pemakanan sihat kepada ahli keluarga dan anak. Siapa yang perlu menjadi pelaksana pada hidangan makanan sihat dalam keluarga? Tentu saja ibu bapa. Guru di sekolah mengajar dan memberi maklumat, tetapi di rumah, tugas ibu bapa melaksanakannya.
Pokoknya, adakah kita mahu mengganti resipi dengan pilihan sihat? Contohnya, santan diganti susu rendah lemak. Garam diganti perahan limau? Gantikan kerangupan ikan goreng dengan ikan kukusan atau salai? Tentu ramai yang berkerut dahi kerana selera umpama terputus.
"Kata bapa saya, kenapa kari yang saya masak sedap sungguh. Saya beritahu dia, saya guna susu dan tidak santan. Sejak itu, sekiranya dia datang rumah saya akan masak kari dan dia makan bersungguh-sungguh. "Biasanya saya guna ayam kampung. Kalau gunakan santan rasanya cuma lemak, tetapi menggunakan susu rendah lemak, ada rasa manis dan lemak sekali jadi ia lebih sedap," katanya.
"Minat saya bercambah selepas mengikuti program matrikulasi dahulu. Ketika itu, tidak ramai orang faham dan sedar mengenai pemakanan. Program ini pun tidak begitu popular berbanding kursus perubatan, farmasi atau pergigian," katanya. Lalu Farahi meneruskan pengajian di bidang pemakanan. Daripada peringkat ijazah sarjana muda hinggalah ke peringkat sarjana. Sekarang dia sedang menyiapkan tesis sarjananya dalam pemakanan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Kini, secara keseluruhannya, Farahi lebih tahu mengenai pemakanan sihat sekali gus mengambil banyak inisiatif mengubah dirinya menjadi lebih sihat. "Contohnya, pengambilan sarapan yang sangat penting bagi setiap individu, dahulunya mungkin saya jarang ambil, tetapi sekarang saya pastikan sentiasa mengambil sarapan. Begitu juga senaman secara tetap. "Memang dahulu saya jarang bersenam, tetapi sekarang sama ada pagi atau petang, saya pastikan diri berjoging atau setidak-tidaknya berjalan sekeliling kampus," katanya.
Paling mudah sekarang, di alam siber ada Kevin Zahri.
Dia berasakan kelarisan bukunya itu adalah bukti rakyat Malaysia sudah semakin mahu mengetahui soal kesihatan dan pemakanan sihat. Laman webnya www.kevinzahri.com juga dilawati 1,000 pelayar sehari. Ramai yang bertanya soalan mengenai pilihan pemakanan yang sesuai buat mereka. "Ramai yang menyalahkan nasi sebagai punca kegemukan, tetapi hakikatnya nasi tidak bersalah. Apa yang bersalah ialah kuantiti yang kita ambil. Kuantiti yang mencukupi bagi setiap individu ialah segenggam tangan sendiri. Cuba genggam tangan anda, itulah jumlah atau ukuran nasi yang boleh anda ambil," katanya.
Kevin menegaskan menukar gaya hidup sihat tidak perlu drastik atau ekstrem. Diet ektrem selalunya diet yang tidak digemari jadi apa yang terjadi ialah selepas beberapa bulan, diet itu akan ditinggalkan dan berat badan kembali naik. Itulah masalah utama kebanyakan masyarakat dunia. Berat badan yang turun naik umpama yoyo.
"Masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri, tetapi saya tidak mengatakan anda tidak boleh makan terus. Boleh, rasa dan nikmati, tetapi dengan syarat tersendiri," katanya.
"Begitu juga roti canai, ambil separuh saja untuk sekadar merasa. Tidak perlu sampai kenyang atau menambah sekeping lagi," katanya.
"Ada yang sangka kita boleh makan sebanyak mana pun buah-buahan, tetapi itu salah. Bagi buah-buahan yang manis contohnya, ia mengandungi banyak gula jadi jangan ambil berlebihan, cukup sekadar keperluan diri setiap hari," nasihatnya.
"Kita mesti tahu mengawal diri sendiri. Tahu keperluan diri. Bagi saya, makan di luar tidak salah jika kita tahu mengawal diri. Seperti yang saya kata tadi, kawal jumlah pengambilan. "Selain itu, jika waktu pagi kita sudah makan makanan yang tidak menyihatkan seperti roti canai, pastikan seimbangkan makanan tengah hari dan malam dengan mengambil makanan yang sihat pula.
"Jangan simpan di dalam peti sejuk di rumah. Kalau teringin, beli yang paling kecil dan makan waktu itu saja. Jangan bawa pulang kerana itu membuatkan godaan makin hebat," katanya. SUMBER : Harian Metro, Nov 2010
|
| Last Updated on Tuesday, 28 December 2010 22:19 |
Countdown
Countdown 2
Statistik Pengunjung







![]() | Hari Ini | 101 |
![]() | Semalam | 386 |
![]() | Minggu Ini | 4427 |
![]() | Bulan Ini | 9926 |























