|
Written by DOKUMENTASI
|
|
Tuesday, 16 November 2010 23:17 |
|
Pada 10 Zulhijjah inilah, kita sebagai Umat Islam mengingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang mematuhi segala perintah Allah kerana iman yang yakin sempurna serta cinta pada Allah Azza Wa jalla. Pengorbanan ini dapat dilihat apabila Allah menguji Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail yang mana merupakan zuriat Nabi Ibrahim yang telah lama dinantikan sehinggalah lanjut usia. Namun, tatkala diperintah oleh Allah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sendiri, baginda menurut perintah Allah, malah, seru Ismail kepada ayahandanya, “Teruskan ayahanda, nescaya engkau akan dapati aku ini dari kalangan mereka yang sabar”, Seruan yang bukan calang-calang, yang menunjukkan keyakinan dan kecintaan kepada Allah. Jadi, marilah kita bermuhasabah kembali, adakah saya sebegitu? Jika belum, marilah sama-sama kita usahakan. Di samping itu, saya mengambil kesempatan yang diberikan ini untuk mengucapkan selamat Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat serta kepada semua rakan-rakan dan berharap agar kita semua dapat meningkatkan pengorbanan dan kecintaan terhadap Allah s.w.t. Moga, segala pengorbanan kita diterima oleh Allah. Juga, bagi yang mampu, jangan melepaskan peluang untuk melakukan ibadah korban yang merupakan tuntutan agama. Moga-moga, jemaah yang pergi mengerjakan Haji selamat pergi dan pulang dengan mendapat haji yang mabrur.
|
|
Last Updated on Tuesday, 16 November 2010 23:22 |