SMKBP Johan Bola Sepak Bwh 15 Tahun Edisi 2010 PDF Print E-mail
Written by The Coach   
Sunday, 16 May 2010 23:15

Salam Sejahtera,

Pada 4-6 Mei 2010, pasukan Bola Sepak SMK Bandar Putra telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Edisi 2010, anjuran MSSD Kulaijaya. Tuan rumah kejohanan kali ini adalah SMK Taman Puteri.

Pada penyertaan kali ke 7 (berasaskan kepada tarikh dan tahun sekolah dibuka), SMK Bandar Putra telah berjaya muncul sebagai Johan setelah menewaskan cabaran SMK Senai dengan jaringan mutlak 2-0.

Paling manis sekali, kemenangan ini turut disaksikan oleh Pengetua, En. Azman Bin Adnan dan GPK HEM, Pn. Shurina Binti Abd. Jalil, serta guru-guru lain yang tidak jemu memberikan sokongan moral kepada pasukan SMKBP pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Stadium Mini Kulaijaya, Taman Puteri.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan SMK Bandar Putra (SMKBP)

Peringkat Kumpulan

SMKBP (4) VS **SMK Kelapa Sawit (3)

(** SMK Kelapa Sawit adalah Juara Bertahan 2007-2009 )

SMKBP (5) VS SMK Kulai Besar (1)

SMKBP (2) VS SMK Kota Kulai (2)

Suku Akhir

SMKBP (3) VS SMK Kangkar Pulai (1)

Separuh Akhir

SMKBP (4) VS SMK Bandar Tenggara 1 (1)

Akhir

SMKBP (2) VS SMK Senai (0)

Pasukan SMKBP telah berjaya mengumpul 20 jaringan keseluruhan dan bolos 8. Lebih menarik, Sivaa a/l Pannar Selvam (penyerang) telah muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan iaitu sebanyak 12 gol.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Cabaran berat kini menanti untuk mempetahankan kejuaraan. Namun semuanya tidak mustahil untuk dicapai.

Teringat kata perangsang saya kepada pemain sebelum perlawanan akhir...

"...peluang beraksi di final mungkin hanya sekali dalam seumur hidup..so,.work hard, never fear and never gave up..No pain, No gain"..

Finally...The Champ is Here..

 

Last Updated on Tuesday, 18 May 2010 10:44
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini299
mod_vvisit_counterSemalam542
mod_vvisit_counterMinggu Ini841
mod_vvisit_counterBulan Ini2796
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.