Pertandingan Kawad Kaki dan Pengucapan Awam Persatuan Pandu Puteri Malaysia Peringkat Negeri PDF Print E-mail
Written by Guru Penasihat Pandu Puteri   
Monday, 18 May 2009 22:02

 

 

Pada hari Sabtu, 16 Mei 2009 yang lalu, bertempat di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI) Johor Bahru, telah berlangsung Pertandingan Kawad Kaki dan Pengucapan Awam Persatuan Pandu Puteri Peringkat Negeri Johor. SMK Bandar Putra telah menghantar wakil bagi kedua-dua pertandingan ini. Aneesch Preetha a/p Vidanaigam dari Tingkatan 3RK2 telah meraih saguhati dalam Pertandingan Pengucapan Awam. Manakala pasukan kawad kaki Pandu Puteri dari SMK Bandar Putra telah berjaya meraih Johan Pertandingan Kawad Kaki bagi kategori Pandu Puteri Remaja.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Pandu Puteri SMK Bandar Putra yang telah berjaya menambah rekod kejayaan sekolah yang diraih sepanjang tahun 2009. Terima kasih kepada Encik Mohd Said bin Midon yang telah melatih pasukan kawad Pandu Puteri sehingga berjaya menjadi johan kawad kaki peringkat negeri. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru yang mengiringi pasukan pandu puteri pada hari tersebut iaitu Puan Mazlinda Oyop, Puan Noriah Ibrahim, Puan Lee Wai Yen, Cik Azlina Kamisan dan Cik Suridah Hamzah.

 

Public Speaking

 

 

 

 

 

 

Last Updated on Sunday, 21 March 2010 02:58
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini262
mod_vvisit_counterSemalam542
mod_vvisit_counterMinggu Ini804
mod_vvisit_counterBulan Ini2759
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.