Majlis Aku Janji PMR SPM 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 16 March 2009 13:56

Majlis Aku Janji PMR dan SPM 2009 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 Mac 2009 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Perdana Putera yang disempurnakan oleh Tuan Haji Markom bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Majlis Turut dihadiri oleh En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Kulai, En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra dan Dr. Mohamad Ngasri Dimon, YDP PIBG SMK Bandar Putra. Majlis dihadiri oleh kira-kira 1000 orang melibatkan semua calon PMR dan SPM, ibu bapa/penjaga calon dan semua guru SMK Bandar Putra.

Timbalan Pengarah Pelajaran Johor dalam ucapannya menyeru semua pelajar sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian ke tahap terbilang dan gemilang untuk diri dan sekolah. Dalam situasi serba mencabar pada masa sekarang dan masa hadapan hanya pelajar yang memiliki prestasi tinggi dalam akademik dan mempunyai ketrampilan diri yang cemerlang sama ada dalam disiplin kendiri, komunikasi dan kokurikulum sahaja mampu menangani cabaran yang bakal dihadapi.

“ Ibu bapa juga seharusnya sentiasa berusaha memastikan anak-anak jagaan mereka mendapat kemudahan yang terbaik untuk belajar, sentiasa mengambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak mereka, menyokong penglaibatan anak-anak dalam apa juga aktiviti sekolah, mendekatkan diri dengan sekolah melalui medium PIBG yang menjadi organ penting sekolah. Sekiranya permuafakatan antara rumah-sekolah ini dapat diwujudkan sudah pasti kecemerlangan anak-anak akan dapat direalisasikan yang sudah pasti akan membantu peningkatan kepada pencapaian sekolah”, kata beliau.

Majlis Aku janji ini diadakan sempena penutupan rasmi Program

Marathon Akademik yang diadakan selama 3 hari 2 malam yang melibatkan semua calon peperiksaan awam sekolah ini.













Last Updated on Sunday, 21 March 2010 03:24
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini219
mod_vvisit_counterSemalam542
mod_vvisit_counterMinggu Ini761
mod_vvisit_counterBulan Ini2716
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.