
| Keusahawanan Perlu Menjadi Pilihan |
|
|
|
| Written by yusritamn |
| Tuesday, 17 February 2009 19:40 |
|
Keusahawanan merupakan salah satu daripada cabang untuk mendapatkan sumber pendapatan. Berbeza dengan pekerjaan lain yang memberikan gaji sebagai pendapatan, keushawanan memberikan keuntungan sebagai pulangan. Keushawanan walau bagaimanapun menuntut seseorang yang menceburinya untuk berani menanggung risiko menghadapi kerugian. Keadaan ini berbeza dengan kerja makan gaji yang amat rendah risikonya. Keusahawanan merupakan satu kerjaya pilihan kerana keusahawanan merupakan bidang yang tidak memerlukan kelayakan pendidikan tertentu. Tidak seperti makan gaji, semakin tinggi kelayakan akademik, maka semakin tinggilah gaji yang akan diperolehi. Sebaliknya untuk menjadi usahawan, kelayakan akademik bukanlah syarat wajib. Sebaliknya, komitmen yang tinggi, usaha yang bersungguh-sungguh dan pengalaman yang dimiliki boleh membantu seseorang menjadi usahawan yang berjaya. Contohnya ada usahawan yang boleh menjadi jutawan walaupun beliau bukan lulusan mana-mana universiti. Kerjaya usahawan juga menjadi pilihan kerana bidang ini mempunyai banyak pilihan untuk diceburi. Seseorang yang ingin menceburi bidang ini boleh membuka perniagaan tunggal, berkongsi, menubuhkan syarikat atau menubuhkan koperasi. Jika menjadi usahawan, perniagaan yang ingin diceburi boleh ditentukan saiznya bergantung kepada kemampuan usahawan. Jika usahawan ingin menceburi bidang yang luas, beliau boleh menubuhkan syarikat. Sekiranya pihak pengurusan ingin menceburi bidang yang kecil mereka boleh memilih perniagaan pemilikan tunggal. Keadaan ini tidak wujud jika seseorang itu makan gaji. Mereka akan terima sahaja majikan yang telah wujud tanpa ada peluang untuk membesarkan lagi operasi yang sedia ada sehinggalah lembaga pengarah mengubah dasarnya. Di sini menunjukkan kebebasan amat terhad. Bidang ini juga menjadi satu pilihan kerjaya kerana pada ketika ini banyak pakej insentif dan bantuan disediakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan ada menyediakan bantuan modal kepada pengusaha industri kecil dan sederhana melalui SME Bank. Kerajaan juga menyediakan pinjaman Tekun dan bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi memajukan perusahaan kecil. Maka usahawan tidak bersendirian dalam menjayakan kerjaya mereka. Kebaikan lain memilih bidang keusahawan ialah ia memberi kebebasan dalam membuat keputusan. Dasar dan hala tuju perniagaan atau operasi yang diceburi adalah keputusan yang dibuat oleh pemilik sendiri. Keadaan ini amat bebrbeza jika seseorang itu makan gaji. Mereka tiada kebebasan untuk menentukan hala tuju syarikat. Keadaan ini akan membuatkan seseorang yang kreatif dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan pihak pengurusan akan rasa tertekan. Kerjaya keusahawanan juga menjadi pilihan kerana usahawan boleh memperolehi lebih keuntungan jika mereka bekerja lebih rajin. Sebagai usahawan lebih banyak pengorbanan masa dan tenaga akan memberi pulangan yang lebih baik, iaitu keuntungan yang lebih tinggi. Keadaan ini amat berbeza dengan keja makan gaji kerana pendapatan mereka telah ditetapkan seperti dalam kontrak perkhidmatan. Ini menyebabkan mereka yang rajin akan rasa tertekan. Berdasarkan segala kebaikan yang dimiliki sebagai usahawan, maka keusahawanan menjadi pilihan sebagai kerjaya untuk diceburi berbanding dengan kerja makan gaji. Di samping itu menceburi bidang ini juga akan membantu kerajaan untuk mencapai matlamat penguasaan 30 peratus pegangan bumiputra dalam perniagaan. Bidang ini menjadi pilihan kerana ia merupakan bidang yang dapat memberikan keuntungan sekiranya diceburi dengan bersungguh-sungguh. Berbeza dengan makan gaji, menjadi usahawan membolehkan kita mendapat keuntungan yang lebih besar jika komitmen dan kesungguhan yang lebih tinggi diberikan. Keadaan ini amat berbeza dengan orang yang makan gaji. Mereka terpaksa menerima sahaja gaji yang ditawarkan setiap bulan tanpa mengira kerajinan dan kesungguhan yang ditunjukkan. Oleh kerana itu, kerjaya keusahawanan menjadi pilihan kerana ia akan menjadi pendorong untuk berusaha dengan lebih giat lagi. Keusahawanan juga menjadi pilihan kerana ia tidak memerlukan seseorang itu mempunyai sijil akademik yang tinggi. Sebaliknya, bidang ini akan dapat diceburi dengan jayanya jika seseorang itu mempunyai pengalaman dan komitmen terhadap tugas. Dengan kata lain, menjadi usahawan tidak memerlukan sebarang kelayakan akademik untuk berjaya. Sebagai contohnya, mendiang Tan Sri Boon Siew boleh berjaya menjadi jutawan walaupun beliau merepukan seorang yang buta huruf. Bidang ini juga menjadi kerjaya pilihan kerana keusahawanan memberi kebebasan kepada usahawan untuk membuat keputusan. Contohnya, bidang atau jenis pengeluaran yang ingin diceburi semuanya bergantung kepada usahawan (semestinya selepas kajian pasaran dilakukan) untuk menentukannya. Kebebasan ini menjadikan seseorang usahawan rasa bangga jika usahanya berjaya. Sebaliknya kerja makan gaji hanya memerlukan mereka mengikut sahaja arahan setiap hari tanpa boleh membuat keputusan untuk mengubah dasar syarikat atau organisasi. Keadaan ini sudah pasti membosankan. Selain itu, keushawanan ini juga menjadi pilihan kerana bidang ini mendapat galakkan dari kerajaan. Pada ketika ini banyak pakej bantuan disediakan oleh kerajaan untuk membolehkan seseorang menjadi usahawan. Kerajaan menyediakan pakej bantuan modal seperti melalui Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (IKS), bantuan anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga melalui Bank Pertanian bagi ushawan tani. Selain pakej bantuan ini, program latihan seperti anjuran MARA juga membantu usahawan untuk menjadi lebih cekap. Ini bermakna dengan menyertai bidang ini, usahawan tidak bersendirian dalam mencapai kejayaan, sebaliknya mereka sentiasa dibimbing dan dipantau. Oleh kerana bidang keusahawanan ini mempunyai banyak kebaikannya, maka amat wajarlah sekiranya ia menjadi kerjaya pilihan. Walaupun bidang ini mempunyai risiko, tetapi dengan adanya latihan dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan, serta pengalaman yang dimiliki oleh usahawan, bidang ini menjanjikan pulangan yang lumayan. Walau bagaimanapun, untuk berjaya ia menagih komitmen dan kesungguhan yang tinggi. |
| Last Updated on Tuesday, 17 February 2009 19:57 |
Countdown
Countdown 2
Statistik Pengunjung







![]() | Hari Ini | 274 |
![]() | Semalam | 542 |
![]() | Minggu Ini | 816 |
![]() | Bulan Ini | 2771 |























